Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEMENTERIAN KESIHATAN MOHON PENGECUALIAN PERMIT KERJA BAGI PEGAWAI SEMENANJUNG BERTUGAS DI SABAH

KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad berharap kerajaan negeri meringankan beban pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semenanjung yang kini bertugas di hospital-hospital Sabah.

Katanya, kementerian memohon agar kerajaan negeri memberi pengecualian kepada pegawai-pegawai KKM agar mereka tidak perlu lagi untuk memohon permit 90 hari kerja di Sabah.

“Ini kerana, ada antara mereka sudah berkhidmat dan tinggal di Sabah selama lebih daripada 20 tahun,” katanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat kunjungan hormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di kediaman rasminya di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga menyatakan harapan pada kerjasama yang lebih baik dan berkesan antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama dengan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Sabah sudah ketinggalan jauh kebelakang dalam banyak sektor terutamanya pada sektor kesihatan dan pendidikan.

“Oleh itu, sepanjang kunjungan saya kepada Ketua Menteri Sabah ini, kami telah membincangkan tentang infrastruktur kesihatan dan peruntukan kewangan untuk kegunaan sektor ini.

“Selain itu, kami juga membincangkan pembangunan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan serta memperbanyakkkan hospital di Sabah,” katanya.

Sementara itu, berkenaan penurunan kuasa kementerian pusat kepada peringkat negeri dari segi pentadbiran kesihatan, pihaknya akan membuat penelitian dan perincian kuasa dua-dua pihak. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan