Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Kesihatan Kaji Vaksin Denggi

kajidenggi

KUALA LUMPUR:  Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula mengenai peranan vaksin denggi sebagai satu daripada kaedah untuk mencegah wabak denggi di Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bagaimanapun, ia bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar kesihatan.

Ketika mengulas pengumuman sebuah syarikat swasta pada 11 Julai bahawa vaksin denggi yang telah lama dinanti-nantikan akan berada di negara-negara endemik menjelang tahun depan, beliau berkata ia satu berita yang menarik bagi kementerian.

“Analisis data dan kajian mengenai vaksin denggi akan dijalankan oleh sekumpulan pakar kesihatan berdasarkan penemuan bukti-bukti klinikal dan kajian saintifik masa kini,” kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Komen


Berita Berkaitan