Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Kerja Raya Cadang Percepatkan Naiktaraf Lebuhraya Pan Borneo Di Sabah

pannboneo

PAPAR : Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar kerja menaik taraf jalan raya dalam projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dipercepatkan.

TImbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana penggunaan jalan raya terlibat mencapai tahap maksimum pada setiap musim perayaan.

“Kita memang telah mengutamakan pelaksanaan naik taraf jalan ini di peringkat kementerian.

“Tetapi prosedurnya peringkat agensi pusat (Kementerian Kewangan) yang akan membuat keputusan sama ada ianya akan dilaksanakan pada awal Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini Sabtu.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos RM27 bilion yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,239 kilometer dijangka siap pada 2020.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan