Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemenangan untuk penyokong Sabah: Jelius Ating

Jelius Ating melambai kepada penyokong Sabah selepas kemenangan 1-0 menentang Kelantan di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengakui pasukannya memang layak ke separuh akhir Piala Malaysia setelah berjaya menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Likas, semalam.

Sabah layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas tamat 90 minit perlawanan.

Ini merupakan kali kedua Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia selepas 2007 dan pasukan tersebut bakal bertemu sama ada PKNS FC atau Perak yang akan menentukan nasib mereka dalam aksi di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Peluang bagi skuad Badak untuk ke separuh akhir terjelma menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang import skuad Badak, Rodoliub Paunovic pada minit ke-31 yang disambut sorakan lebih 22,000 penyokong tuan rumah.

“Kami bersyukur akhirnya misi melangkah ke separuh akhir berjaya malam ini (semalam). Terima kasih kepada penonton yang datang memberikan sokongan kepada kami.

“Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua saya sangat berbangga dengan semangat ditunjukkan para pemain kerana begitu lama Sabah tidak layak bermain dalam Piala Malaysia, tapi malam ini (semalam) kami telah sampai ke satu peringkat yang baik.

“Bagi saya, apabila sudah sampai tahap ini, kami perlu berusaha lebih baik dan pergi lebih jauh lagi dalam Piala Malaysia selepas ini,” kata Jelius ketika ditemui selepas perlawanan semalma.

Jelius menambah, sokongan padu daripada penonton telah memberikan motivasi tinggi kepada pemainnya yang berjaya mengekang asakan Kelantan sehingga jaringan 1-0 kekal ke wisel penamat. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan