Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kembara Ramadan dekati rakyat di akar umbi

2:23pm 11/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 53 views Tempatan

KOTA KINABALU- Pergerakan Wanita UMNO Silam mengadakan Program Kembara Ramadan dalam usaha mendampingi lapisan rakyat di seluruh kawasan Parlimen Silam sambil mengadakan Majlis Iftar bersama rakyat kampung sempena bulan Ramadan ini.

Program Kembara Ramada di ketuai oleh Ketua Wanitanya, Mizma Appedulah bersama-sama dengan ahli jawatankuasa Wanita UMNO Silam serta pemimpin masyarakat.

Menurut beliau, aktiviti turun padang itu mampu mengenal masalah di peringkat kampung dan di peringkat cawangan serta ahli-ahli UMNO.

“Kepimpinan akar umbi yang berkesan sememangnya bukan mudah untuk dicapai tanpa usaha yang berterusan untuk membantu masyarakat di bawah kepimpinannya. Oleh itu, pemimpin akar umbi memainkan peranan yang cukup penting,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar di Kg. Sapagaya Hulu bersama Ketua Daerah Lahad Datu OKK Ismail OT Ator, CDO N.50 Amat Kawoh, JKKK Zelee Tagajoh Muda, Pengerusi KRT Sapagaya Bilir dan Hulu, di Lahad Datu, baru- baru ini.

Tambahnya, program itu diharap dapat mmeperkukuhkan dan merealisasikan lagi imej UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang membantu rakyat.

Katanya, menjadi menjadi harapan UMNO agar rakyat menyedari bahawa terlalu banyak telah parti lakukan baik secara langsung sama ada melalui parti itu sendiri atau melalui jentera kerajaan yang diwujudkan parti bersama rakan-rakan komponen lain.

“Yang utama adalah mengerakkan kegiatan bersama pelbagai pihak dan di peringkat akar umbi parti. Kita tidak mampu melakukan bersendirian maka turunkan peranan di pelbagai peringkat parti.

“Paling penting agenda serta matlamat parti berjaya secara bersama dan rakyat terus menyokong UMNO kerana ia parti yang menjaga kebajikan rakyat,” katanya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan