Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kembar hidup dalam perut

KETUMBUHAN yang dibuang dari perutnya.
KETUMBUHAN yang dibuang dari perutnya.

New Delhi: Seorang bayi berusia setahun terpaksa dibedah untuk membuang janin kembarnya seberat 3.5 kilogram yang ‘hidup’ di dalam perutnya sehingga menyebabkan dia mengalami masalah untuk bernafas.

Bayi bernama Nisha itu dilaporkan mengalami pelbagai masalah termasuk kekurangan nutrisi kerana enggan menyusu, tetapi perutnya semakin membesar.

Ujian ultrabunyi dijalankan doktor menemui ketumbuhan besar memenuhi keseluruhan ruang perutnya yang menyebabkan organ dalamannya ditolak ke bahagian kanan badan, manakala buah pinggang kirinya melekat pada ketumbuhan berkenaan.

Ibunya Sumathi dan bapa, Raju, dari Mettupalayam berkata, mereka tidak tahu betapa teruknya keadaan anak mereka itu sehingga bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas dan saiz perutnya yang mengerikan.

Pakar bedah Dr D Vijayagiri mulanya menyangka ia sekadar ketumbuhan namun akhirnya mendapati ia keadaan dikenali sebagai foetus-in-fetu iaitu janin kembar melekat di dalam badan bayi dan menjadi parasit dan ‘memakan’ bekalan darah mangsa.

Katanya, hasil pembedahan dua jam, ketumbuhan berkenaan berjaya dikeluarkan dan semua organ dalaman Nisha dialihkan ke tempat sepatutnya. Dia kini hampir sembuh sepenuhnya. – Agensi/HMetro

KEADAAN perut Nisha sebelum dibedah. prevnext
KEADAAN perut Nisha sebelum dibedah. prevnext

Komen


Berita Berkaitan