Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kembar berpegang tangan dalam rahim

9:39am 19/02/2016 Pak Roshan 459 views Global
GAMBAR Sonogram menunjukkan bayi dalam kandungan Brittani memegang tangan kembarnya.

GAMBAR Sonogram menunjukkan bayi dalam kandungan Brittani memegang tangan kembarnya.

Kansas: Satu imej sonogram merakam detik menakjubkan, menunjukkan seorang bayi lelaki yang dikatakan akan mati memegang tangan kembar perempuannya di dalam rahim.

Ian dan Brittani McIntire, dari Hutchinson, Kansas, begitu teruja apabila disahkan hamil dengan anak kembar.

Namun, kegembiraan itu bertukar duka sebaik mengetahui seorang daripada bayi itu tidak akan hidup.

Ketika menjalani pemeriksaan imbasan pada minggu keenam kehamilannya, pasangan itu diberitahu bayi lelaki kembar mereka yang diberi nama Mason, mempunyai lubang pada hati dan otak tidak normal.

Dengan hanya sembilan auns, berat Mason kurang satu pertiga daripada berat kembarnya, Madilyn.

Kehampaan Ian dan Brittani bagaimanapun terubat apabila doktor, menyedari kembar itu berpegangan tangan di dalam rahim selepas meneliti sonogram itu.

“Saya yang mengandungkan mereka, tetapi kembarnya adalah satu-satunya orang yang boleh berada di sana dan bersamanya. Saya lega anak saya tidak akan mati keseorangan. Kembarnya seolah-olah menenangkannya di dalam rahim,” katanya.

Kembar itu dijangka lahir pada September, tetapi pasangan itu sudah diberi amaran terdapat kemungkinan Mason mati dalam kandungan sebelum tarikh itu.

Bagaimanapun, menurut Ian, apa pun yang berlaku, sonogram hitam putih itu akan sentiasa menjadi ingatan istimewa kepada bayi mereka. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan