Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kembali gegar gelanggang tinju

manny01_1470356087

Los Angeles: Manny Pacquiao (gambar) akan kembali bertinju tahun ini dan bakal menentang juara kategori welterweight Organisasi Tinju Dunia (WBO) Jessie Vargas, kata pengurus bintang tinju Filipina itu, kelmarin.

“Manny belum lagi mahu bersara,” kata Michael Koncz kepada Los Angeles Times. “Latihan dan bertinju sudah sebati dengan dirinya.”

Di Manila, Pacquiao yang baru dilantik senator berkata, butiran lanjut mengenai perlawanan itu akan hanya didedahkan selepas dia bertemu penganjur perlawanan dari Amerika Syarikat Bob Arum, Selasa nanti.

“Belum ada kata putus,” katanya kepada AFP menerusi jurucakapnya.

Selepas Pacquiao mengalahkan Timothy Bradley pada 9 April lalu, beliau mengumumkan persaraannya untuk menumpukan perhatian kepada karier politik. Beliau dilantik Senator Filipina, pada Mei lalu. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan