Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Kematian untuk penderhaka’

9:03am 19/06/2016 Pak Roshan 634 views Global
SEORANG wanita dan anaknya meletakkan bunga bagi memperingati Jo di Dataran Parlimen.

SEORANG wanita dan anaknya meletakkan bunga bagi memperingati Jo di Dataran Parlimen.

London: Seorang lelaki berusia 52 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Westminster semalam atas tuduhan membunuh Ahli Parlimen Britain, Jo Cox, Khamis lalu.

Ketika ditanya namanya, Thomas Mair berkata: “Kematian untuk penderhaka, kebebasan untuk Britain.”

Dia juga mendiamkan diri apabila diminta menyatakan tarikh lahir serta alamatnya.

Mair tidak dibenarkan jaminan dan dijadualkan hadir di mahkamah jenayah Old Bailey di London, esok dan pemeriksaan psikiatrik juga akan dilakukan.

Jo, 41, ahli Parti Labour pembangkang yang memperjuangkan hak pelarian serta berkempen untuk Britain kekal dalam Kesatuan Eropah (EU).

Ibu beranak dua itu ditembak dan ditikam di jalan dalam serangan waktu siang dipercayai memang menyasarkannya di utara England.

Walaupun motif kejadian belum dipastikan, segelintir ahli politik dan penganalisis percaya ia berkaitan dengan debat referendum untuk kekal atau meninggalkan EU selain isu sensitif membabitkan pelarian.

Pembunuhan itu yang pertama membabitkan ahli Parlimen Britain sejak 1990 dan mengejutkan seluruh dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kelmarin menghubungi suami Jo secara peribadi untuk mengucapkan takziah.

Saksi Hichem Ben Abdallah, 56, sebelum itu dilaporkan berkata, mendengar dua tembakan sebelum melihat Jo terbaring di atas jalan.

Seorang lelaki berusia 77 tahun yang cuba membantu Jo ketika diserang masih dirawat di hospital selepas turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Ratusan orang hadir di Dataran Parlimen London, kelmarin untuk meletakkan bunga tanda penghormatan terakhir kepada Jo.

Jo dan suaminya, Brendan mempunyai dua anak berusia tiga serta lima tahun. – AFP/HMetro

LAKARAN artis menunjukkan Mair (tengah) dibawa ke mahkamah.

LAKARAN artis menunjukkan Mair (tengah) dibawa ke mahkamah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan