Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEMASUKAN 2,620 AHLI BAHARU BUKTI UPKO TETAP RELEVAN

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menerima borang permohonan keahlian baharu daripada Haam Balunsin semasa Mesyuarat Tritahunan Upko Ranau hari ini. Gambar SNT/Ehsan Upko

RANAU: Kemasukan seramai 2,620 ahli baharu ke dalam Upko melalui bahagian Ranau adalah bukti ianya semakin kukuh dan masih relevan di kalangan masyarakat di sini.

Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kemasukan keahlian baharu dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kundasang, Karanaan dan Paginatan yang majoritinya terdiri dari ahli Komulakan ini turut menolak tohmahan yang tular di media sosial bahawa Upko sedang mengalami perpecahan.

“Kesedaran mereka terhadap parti Upko yang memperjuangkan halatuju di mana ia menjadi wadah perpaduan dalam masyarakat begitu menarik minat mereka yang menyertai parti ini,” kata beliau semasa ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Upko Ranau di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut mengingatkan ahli-ahli Upko supaya mengelakkan daripada menjadi bahan ketawa sebaliknya haruslah sentiasa bersatu-padu.

Katanya lagi, kekalahan Upko pada Pilihanraya Umum ke-14 di tiga kawasan Parlimen yang lalu “berpunca daripada kita sendiri kerana tidak menangani unsur-unsur perpecahan dari peringkat awal yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui perbincangan dalam suasana kekeluargaan.”

“Oleh itu, Upko harus terus memperkukuhkan dan juga bersatu dalam slogan “Misompuru Tokou Sogigisom” (bersatu kita sehingga bila-bila) bagi menghadapi rintangan dan tohmahan dari pelbagai pihak yang mahu menjatuhkan Upko,” kata beliau.

Dalam pada itu, Upko memohon supaya hasil siasatan polis terhadap laporan mengenai pengeluaran borang permohonan kad pengenalan kepada warga asing yang dibuat di Tuaran baru-baru ini dapat diumumkan kerana “kita mahu apa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.”

Turut hadir, Datuk Ewon Ebin yang menang tanpa tanding jawatan ketua bahagian Upko Ranau, ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan ahli majlis tertinggi Upko.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan