Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemaruk masuk tandas wanita

SUSPEK menyamar wanita
SUSPEK menyamar wanita

Singapura: Cubaan seorang lelaki menyamar untuk membolehkan dia memasuki tandas wanita ditumpaskan, lapor media semalam.

Kejadian berlaku di sebuah kolej dan gambar insiden itu pantas tersebar di media sosial.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Lelaki ini berpakaian seperti wanita memasuki tandas perempuan di sekolah saya.”

Catatan itu kemudian dipadamkan tetapi gambar yang dilampirkan itu muncul dalam beberapa laman sembang dan forum.

Lelaki berkaca mata itu memakai baju hitam dengan skirt warna sama.

Dia juga memakai rambut palsu serta topi hitam putih.

Melalui rakaman video, lelaki itu mengaku salah selepas ditahan pengawal keselamatan.

“Saya cuma suka-suka dan mencari kepuasan,” katanya.

Lelaki terbabit kemudian melutut untuk merayu pihak kolej berkenaan tidak menghubungi polis.

Seorang pelajar kemudian menyergahnya: “Buang rambut palsu itu. Kau kelihatan amat jijik!”

Beberapa detik kemudian seorang polis kelihatan menahan dan menyoal siasat lelaki terbabit.- Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan