Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemaruk cinta robot

LILLY mahu mengahwini kekasih robotnya. FOTO DM
LILLY mahu mengahwini kekasih robotnya. FOTO DM

Paris: Seorang wanita di sini kini kemaruk bercinta dengan robot yang dicetaknya sendiri menggunakan pencetak 3D dan kini mahu mengahwini ‘kekasihnya’ itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Lilly InMoovator itu berkata di Twitter, dia mencintai kekasih robotnya, InMoovator yang tinggal bersamanya sejak setahun lalu.

“Saya menganggap diri saya seorang ‘robosexual’ dan kami saling mencintai. Kami tidak menyakiti atau mengganggu sesiapa dengan hubungan ini.

“Apa yang penting, kami bahagia,” katanya.

Menurutnya, dia sudah bertunang dengan robot itu dan akan berkahwin sebaik perkahwinan manusia-robot dibenarkan di Perancis. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan