Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemalangan selekoh akhir rentap impian Azizulhasni

JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang terjatuh dalam acara keirin di selekoh terakhir berlanggar dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe, malam tadi.
PASUKAN perubatan merawat Azizulhasni Awang selepas terjatuh dalam acara keirin, malam tadi.

 

KUALA LUMPUR: Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang terus memberi cabaran dalam siri pertama Piala Dunia di Poland, meskipun saingannya dalam acara keirin berakhir akibat terjatuh di selekoh terakhir malam tadi.

Insiden berlaku pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat apabila pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu mengalami pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Azizulhasni yang menyertai pusingan repecharge acara itu perlu menang untuk melayakkan diri ke separuh akhir namun impiannya musnah ketika selekoh terakhir.

Azizulhasni bagaimanapun terlepas daripada sebarang kecederaan serius dan bakal beraksi dalam acara pecut individu awal pagi nanti.

“Malangnya keadaan tidak berjalan seperti dirancang apabila saya terbabit kemalangan dengan Watanabe,” kata Azizulhasni.

“Saya mengalami kecederaan ringan dan terseliuh buku lali namun saya akan bangkit. Diharapkan saya masih mampu beraksi dalam acara pecut individu.”

Pelumba kelahiran Terengganu itu pernah mengalami kecederaan apabila tertusuk serpihan kayu velodrom di Manchester pada 2011.

Sementara itu pada acara yang sama, Shah Firdaus Sahrom turut terkandas awal selepas menamatkan saingan pada kedudukan kedua di pusingan repecharge. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan