Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemalangan: Pemain bola sepak Sabah kritikal

anggota Bomba terpaksa memotong atap kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM
anggota Bomba terpaksa memotong atap kenderaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – Foto JBPM

KOTA KINABALU – Seorang pemain bola sepak Sabah cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran berhampiran SJKC Shan Tao, di sini pada jam 1.34 petang tadi.

Md Rozaimi Abd Rahman, 23, bersama rakannya Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang juga pemandu kenderaan Honda Civic itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan lain kini diberikan rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth 2 di sini.

Difahamkan, kedua-dua mangsa terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Inanam menuju ke Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran.

“Kenderaan berkenaan dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok serta merempuh tembok rumah di lokasi kemalangan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu turut dikejarkan ke lokasi kemalangan itu bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan yang remuk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan