Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemalangan paling mahal

8:48am 21/07/2016 Pak Roshan 1154 views Global
 KEADAAN kereta berharga RM24.2 juta itu selepas kemalangan.

KEADAAN kereta berharga RM24.2 juta itu selepas kemalangan.

Nurgurgring: Sebuah kereta buatan Koenigsegg berharga AS6 juta (RM24.2 juta) musnah dalam satu kemalangan yang dianggap paling mahal membabitkan kereta.

Model Koenigsegg One:1 itu menjalani ujian pemanduan di sirkit Nurgurgring di Jerman menjelang cubaan untuk mencatatkan rekod lap apabila kemalangan itu berlaku.

Pemandu terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan, menyebabkan kereta itu terhumban dan mengalami kerosakan teruk di depan dan belakangnya.

Kejadian berlaku apabila pemandu itu melalui selekoh Fuchrohre, bahagian paling mencabar sirkit berkenaan dan gagal menekan brek.

Kereta itu juga rosak akibat terbakar, kesan daripada kemalangan yang berlaku Jumaat lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan