Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemalangan maut meningkat

7:56pm 09/01/2016 Ann Vivien 51 views Jenayah,Tempatan
DSP Douglas Nyeging Taong

DSP Douglas Nyeging Taong

KENINGAU: Kemalangan maut di daerah meningkat 8 peratus iaitu 38 kes dalam tempoh Januari hingga Disember 2015 berbanding 30 dalam tempoh yang sama tahun 2014.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, bilangan yang cedera parah turut meningkat daripada 25 kes kepada 42 kes.

Walau bagaimanapun katanya, bilangan yang mengalami cedera ringan menurun daripada 48 kepada 39 kes.

“Kerosakan kenderaan pula meningkat daripada 598 kepada 614 kes dan jumlah kemalangan keseluruhan meningkat daripada 701 kepada 728 kes” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Jumaat.

Douglas berkata, peningkatan statistik kemalangan di daerah ini disebabkan oleh factor manusia yang kurang berhemah semasa memandu seperti memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, mabuk dan cuai memasa memandu. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan