Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemalangan maut di Keningau

keningaueksiden

KENINGAU: Seorang lelaki mengerang kesakitan selama beberapa saat sebelum tidak sedarkan diri apabila kereta dipandunya bertembung treler membawa muatan simen dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Keningau-Tambunan, berhampiran Kampung Binaong, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi, mangsa, Masirin Enin, 32, dari Kampung Toboh Baru Luagan Keningau, disahkan meninggal dunia setibanya di Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecederaan parah di dada, pinggang dan kaki akibat tersepit.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Robert Salisip David, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa memandu kereta jenis Proton Wira seorang diri dan dalam perjalanan dari pekan ini menuju ke Tambunan, manakala treler terbabit dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di laluan lurus di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan treler berkenaan terhumban ke dalam parit di kiri jalan,” katanya.


Katanya, pemandu treler lingkungan 40-an hanya cedera ringan. 

Komen


Berita Berkaitan