Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemalangan jalanraya di Sabah meningkat sebanyak 13.63 peratus

2:49pm 07/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 41 views Tempatan
Azhar merasmikan program teras pencegahan kemalangan PERKESO peringkat negeri Sabah di Wisma Perkeso, disini, hari ini. Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Herdiansah Abdul Karim.

Azhar (kanan) merasmikan program teras pencegahan kemalangan PERKESO peringkat negeri Sabah di Wisma Perkeso, disini, hari ini. Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Herdiansah Abdul Karim (kiri).

KOTA KINABALU- Jumlah kes kemalangan jalanraya yang direkodkan di negeri ini semakin meningkat iaitu pada 525 kes pada tahun 2015 berbanding 462 kes bagi tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 13.63 peratus, kata Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Haji Azhar Md Nadzri.

Menurut Azhar, peningkatan jumlah kemalangan jalanraya adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran mengenai bahaya dan kesan kemalangan.

“Apabila sesuatu kemalangan itu berlaku bukan sahaja kesusahan pada pekerja malah majikan keluarga turut merasainya. Bayangkan, negara kehilangan ribuan juta ringgit akibat kemalangan jalanraya setiap tahun,”katanya.

Sehubungan itu, beliau turut berkata bahawa sebanyak 60 peratus kemalangan jalanraya melibatkanĀ penunggang dan pembonceng motorsikal dan kebanyakkannya masih muda.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Program Teras Pencegahan Kemalangan PERKESO Peringkat Negeri Sabah, Wisma PERKESO, disini, hari ini.

Tambahnya, kajian menunjukkan 88 peratus kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja dan 68 peratus kemalangan berlaku semasa hendak ke tempat kerja pada waktu pagi.

Selain itu, Azhar turut menyeru kepada semua majikan agar memaklumkan kemalangan yang berlaku kepada PERKESO dalam tempoh 48 jam.

“Kita tidak mahu majikan mengambil mudah perkara ini sebab PERKESO sebuah organisasi yang prihatin perlu memastikan bayaran segera dapat disalurkan kepada mereka yang ditimpa musibah,”katanya.

Tegasnya, kompaun akan diberikan kepada para majikan yang didapati lewat melaporkan kemalangan yang berlaku di kawasan tempat kerja kepada PERKESO.

Sementara itu, beliau berkata, program ‘Teras Pencegahan’ itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja dan majikan agar kemalangan jalanraya dapat dikurangkan.

“Program ini kita tidak akan terhenti disini sahaja, kita akan meneruskan aktiviti turun padang ke premis- premis majikan selepas ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 12 buah premis majikan yang kita akan buat kempen seperti ini untuk mengurangkan kadar kemalangan serta mencegah kemalangan daripada berlaku,” ujarnya.

Disamping itu, Azhar turut mengumumkan bahawa pihak PERKESO memberikan baucar percuma kepada pencarum PERKESO yang berumur 40 tahun untuk membuat pemeriksaan saringan kesihatan.

“Saya menyeru kepada semua penerima baucar tersebut supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di panel- panel klinik yang berhampiran,” tambahnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Azhar menyarungkan jaket keselamatan dan topi keledar sebagai gimik pelancaran Program Teras Pencegahan Kemalangan Perkeso.

Azhar menyarungkan jaket keselamatan dan topi keledar sebagai gimik pelancaran Program Teras Pencegahan Kemalangan Perkeso.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan