Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemalangan jalan raya boleh dielak

Sairin (kanan)  menyarungkan topi kelendar kepada dua orang penunggang motorsikal. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Sairin (kanan) menyarungkan topi kelendar kepada dua orang penunggang motorsikal. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Kemalangan jalan raya pada musim perayaan boleh dielakkan sekiranya orang ramai memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, ia termasuk mematuhi undang undang jalan raya sedia ada bagi memastikan keselamatan mereka.

“Ia bukan sahaja dapat mengurangkan statistik kemalangan maut pada setiap tahun akan tetapi dapat mendidik para pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi peraturan jalanraya sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Selamat di Kilometer Dua Jalan Keningau-Apin-Apin, di sini semalam.

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan berkata, usaha itu juga memerlukan kerjasama para pengguna jalan raya kerana tanpa adanya usaha berkenaan segala langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa tidak akan berhasil.

Katanya, keberkesanan setiap usaha pihak berkuasa dalam membantu masyarakat setempat memerlukan usaha sama dalam merealisasikannya. – oleh Kalawon Sawing /SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan