Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemalangan 3 kenderaan termasuk dinaiki Pembantu Menteri

6:36pm 25/09/2016 Pak Roshan 2028 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di simpang tiga Marabahau Spur, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran, pagi tadi. - Foto NSTP

KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di simpang tiga Marabahau Spur, Jalan Berungis-Tenghilan, Tuaran, pagi tadi. – Foto NSTP

TUARAN: Seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dinaiki Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Masiung Banah di simpang tiga Marabahau Spur, Jalan Berungis-Tenghilan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun itu cedera di kepala dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH2).

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika Perodua Axia dipandu mangsa bersama tiga penumpang, secara tiba-tiba keluar daripada simpang di jalan terbabit.

“Berikutan itu, sebuah Toyota Land Cruiser yang turut dinaiki Pembantu Menteri (Belia dan Sukan) dari arah Kota Kinabalu tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.

“Kejadian itu turut mengakibatkan sebuah Perodua Kancil yang berhenti di susur menunggu simpang tiga terbabit dirempuh Perodua Axia itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Fuad berkata, Masiung bersama tiga individu lain yang menaiki Toyota Land Cruiser serta pemandu Perodua Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Difahamkan, Datuk (Masiung) bersama pemandu dan tiga penumpang lain dalam perjalanan ke Kota Belud untuk menghadiri majlis berkaitan hari belia,” katanya.

Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan