Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemajuan teknologi cabaran intergriti

6:18pm 03/11/2015 Ann Vivien 28 views Isu Semasa,Tempatan
 Siringan (dua dari kanan) mendengar penjelasan mengenai e-Pembangunan Sektor Awam semasa melawat pameran pada majlis itu, turut keliharan Jamaluddin.

Siringan (dua dari kanan) mendengar penjelasan mengenai e-Pembangunan Sektor Awam semasa melawat pameran pada majlis itu, turut keliharan Jamaluddin.

KOTA KINABALU: Kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini antara cabaran memelihara integriti maklumat rasmi kerajaan yang semakin kompleks dan rumit, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat.
 
“Contohnya, telefon mudah alih. Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar dan video. Setelah itu maklumat boleh dihantar ke mana sahaja melalui pelbagai medium komunikasi.
 
“Dalam masa yang singkat, maklumat ini berada di dalam ruang siber (Cyber Space) dan di public domain yang boleh dieksploitasikan mengikut apa sahaja niat, tujuan dan kepentingan pihak-pihak terbabit.
 
“Pada hari ini, maklumat adalah di hujung jari, dan dengan hanya satu klik sahaja kita boleh mendapat atau berkongsi maklumat dalam sekelip mata,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar ICT Negeri Sabah di Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus Intan Sabah, Jalan Sulaman, dekat sini, kemarin.
 
Seminar bertemakan “Memelihara Integriti Maklumat Kerajaan Dalam Persekitaran Masa Kini” itu dihadiri Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah Jamaluddin Mohd. Ali dan para peserta seminar.
 
Siringan berkata usaha untuk mengawal dan membendung ancaman kebocoran maklumat pada hari ini lebih sukar berbanding masa lalu, disebabkan ledakan teknologi maklumat yang disalahgunakan pihak-pihak tertentu.
 
Oleh itu beliau berharap para penjawat awam dapat memastikan keselamatan dan integriti maklumat rasmi kerajaan sentiasa terpelihara daripada ancaman kebocoran, pencerobohan dan manipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang akhirnya memberi ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman negara.-Monica Gidung/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan