Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemajuan industri kreatif di Sabah perlu sokongan semua pihak

Salleh (tengah) bergambar dengan para pengiat filem negeri sabah dan penerima dana micro.- Foto Alex Mairin / Sayangsabah.
Salleh (tengah) bergambar dengan para pengiat filem negeri sabah dan penerima dana micro.- Foto Alex Mairin / Sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pembangunan dan kemajuan industri kreatif  di Sabah memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak bagi megembangkan industri ini di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, inisiatif Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam membantu memperkasakan industri berkenaan adalah langkah yang wajar.

“Golongan muda dan para belia perlu diberi peluang melalui kursus-kursus berkaitan  bidang seni kreatif dengan lebih kompetitif terutama dalam pengisian penggunaan teknologi terkini.

“Saya difahamkan UMS telah mengambil langkah awal bagi menggalakkan pelajarnya untuk menghasilkan filem pendek yang menggunakan teknologi janaan komputer (CGI) dan animasi,”katanya.

Beliau berkata demikian Sempena Seminar Industri Kreatif, di UMS hari ini (Selasa).

Salleh berkata, penggunaan kemudahan teknologi degital adalah baik dan ia harus diaplikasikan bagi meghasilkan sesuatu produk yang kreatif dan berdaya saing.

Menurutnya, melelui Content  Malaysia Pitching Centre (CMPC) FINAS telah menyediakan pelbagai bantuan geran kepada para penggiat industri perfileman.

“Saya di maklumkan kelmarin FINAS juga telah mengadakan bengkel dan sesi pitching bagi Dana pembangunan Filem khususnya untuk pengiat filem di negeri Sabah bagi menyokong menghasilkan filem pendek,” ujar beliau.

Beliau berkata, dia akan memastikan FINAS terus membantu untuk memajukan industri perfileman di Sabah.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan