Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemajuan ICT beri pengaruh bidang pendidikan

KOTA KINABALU: Penggunaan teknologi terkini berkembang dengan pesat dan sentiasa cepat berubah turut mempengaruhi bidang pendidikan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, perubahan pendidikan era pembelajaraan Abad ke-21 (PAK-21) memperlihatkan penggunaan gajet menjadi keperluan atau ‘enabler’.

“Justeru itu, kerajaan dalam pembentangan baket 2017 telah memutuskan untuk membekalkan tablet beserta aplikasi e-tutor dan e-paper Utusan Malaysia kepada guru-guru yang juga dilengkapi tutor Guru dalam aspek persediaan mengajar.

“Namun perlu diingat adalah menjadi kewajipan semua rakyat untuk lebih bertanggugjawab dalam penggunaan teknologi masa kini agar tidak menimbulkan atau menyebarkan maklumat tidak benar atau fitnah,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa Majlis Pengagihan Tablet kepada Pegawai Pendidikan di sini, kelmarin.

Salleh berharap pemberian tablet kepada warga pendidik di negeri ini mampu meningkatkan kualiti kerja dengan lebih pantas serta memudahkan urusan seharian.

“Kerajaan akan sentiasa berusaha meningkatkan bukan hanya keluasan liputan jalur lebar malah memastikan kelajuan capaiannya juga bergerak selari menjelang 2020.

“Rakyat perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam teknologi maklumat dengan lebih baik bagi mengelakkan menjadi mangsa media siber,” jelas beliau.

Sebanyak 1,316 buah tablet diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk diagihkan kepada warga pendidik.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Haji Suhaibul dan Timbalannya, Datuk Dr Mohd Kassim Mohd Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan pendidikan./PENERANGAN

TERBAIK… Warga Jabatan Pendidikan Sabah merakamkan kenangan bersama Salleh.

Komen


Berita Berkaitan