Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kem PINTAR beri kesedaran kepada pelajar mengenai kesan pengambilan dadah

7:15pm 26/05/2016 Leolerry Lajius 37 views Pendidikan,Tempatan
Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU: Penganjuran Kem PINTAR yang dijalankan diperingkat sekolah tahap rendah menjadi platform memberikan pengetahuan awal dan kesedaran tentang kesan penyalahgunaan dadah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid berkata, penganjuran program seumpama ini menjadi pembentuk sahsiah dan jati diri para pelajar yang seterusnya dapat mengelakkan  daripada terlibat dengan pengaruh dadah.

“Kem PINTAR seharusnya diteruskan ke sekolah rendah yang lain di setiap daerah memandangkan ia mampu memberi perkembangan yang positif terhadap murid dalam menangani masalah dadah secara bijaksana,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis perasmian penutupan program berkenaan, di sini, hari ini.

Tambah beliau strategi jangka panjang seperti penganjuran program seumpama ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada peserta untuk sama-sama menangani permasalahan dadah terutama sejak awal persekolahan lagi.

“Sememangnya kita  sedia maklum bahawa masalah dadah berkait rapat dengan masalah kesihatan dan keselamatan dan melalui penganjuran program ini yang turut mendedahkan para pelajar mengenai kedua-dua aspek ini secara tidak langsung ia kan memnberi kesedaran kepada para pelajar untuk menjauhi pengambilan dadah,”katanya.

Seramai 49 orang pelajar tahap 2 dari sekolah SK. Stella Maris, SK Sembulan, SK Tanjung Aru1, SK Tanjung Aru 3 dan SK Bukit Padang terlibat dalam program yang dilaksanakan selama empat hari tiga malam ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab (tengah) beramah mesra bersama pelajar yang menyertai program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Jainab (tengah) beramah mesra bersama pelajar yang menyertai program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan