Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarkan lesen tanpa ikut prosedur: empat pegawai JPJ direman

KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) — Empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan lesen memandu tanpa mengikut prosedur.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Afiq Agoes selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Faliq Basiruddin.

Kesemua empat individu itu yang berumur di antara 26 dan 29 tahun ialah pegawai JPJ di cawangan Kota Belud, Kota Kinabalu, dan Tuaran.

Faliq berkata kesemua individu itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam semasa hadir memberi keterangan.

“Mengikut aduan mereka turut didakwa menerima suapan,” katanya kepada pemberita selepas urusan reman itu selesai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 kerana mengeluarkan lesen tanpa mengikut prosedur.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan