Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keluarga tersenarai dalam Program E-Kasih menerima bantuan

9:55pm 18/12/2015 Ann Vivien 234 views Isu Semasa,Tempatan
Madiyem menyerahkan kunci replika kepada Nani sebagai simbolik penyerahan kunci rumah PBR

Madiyem menyerahkan kunci replika kepada Nani sebagai simbolik penyerahan kunci rumah PBR

TENOM: Seramai 35 ketua keluarga yang tersenarai dalam program E-Kasih di daerah ini menerima bantuan program bantuan rumah PBR daripada pihak kerajaan.                     

Majlis penyerahan kunci rumah PBR ini disampaikan oleh Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan di Kampung Liuh,Lagud dekat sini pada Khamis.                       

Terdahulu berucap merasmikan majlis tersebut Madiyem berkata, bantuan PBR ini adalah keperihatinan pihak kerajaan  dalam memberi kehidupan penduduk kampung diluar bandar yang kurang berkemampuan dalam menikmati kehidupan yang lebih selesa.                       

Beliau berkata, pihaknya berharap  agar lebih banyak peruntukkan bantuan tersebut dapat diberikan pihak kerajaan dalam mengurangkan bebanan hidup keluarga yang kurang berkemampuan memandangkan daerah Tenom untuk tempoh 2015 seramai 700 penduduk kampung telah berdaftar dibawah senarai program-kasih  daripada jumlah berkenaan seramai 200 pemohon dibawah program ini memohon rumah PBR.

Pada masa sama beliau mengingatkan para penerima bantuan PBR ini dapat menjaga rumah yang diberikan sebaik mungkin selain tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan