Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga sedia tunggu ketibaan jenazah

tunggu jenazah mh17

KUALA LUMPUR – Anggota keluarga seorang anak kapal yang terbunuh dalam kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, Khamis lepas, berdoa supaya proses membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.

Syaza Athirah Mohamad Azman, 22, anak saudara kepada ketua pramugara MH17 Mohd Ghaffar Abu Bakar, 54, berkata semua anggota keluarganya kini sabar menanti kepulangan jenazah bapa saudaranya itu.

“Semua orang berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang perkembangan lanjut sambil memantau berita dari dalam dan luar negara selain menerima maklumat dari kawan-kawan arwah yang berada di Belanda,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, mereka akan pulang ke kampung di Masjid Tanah, Melaka, untuk berkumpul bersama nenek, Maimon Sarpan, 76, sementara menunggu kepulangan jenazah.

Syaza Athirah berkata wakil Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel DNA anak arwah, Amar Syariff, 25, dan Sa’imah Baizura, 29, semalam untuk tujuan pengecaman mayat.

Sementara itu, beliau sekeluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kejayaan rundingan beliau bersama pihak yang menguasai wilayah tragedi berhubung pengendalian mayat-mayat mangsa dan kotak hitam pesawat.

Antara yang dipersetujui ialah 282 mayat yang dikeluarkan dari kawasan nahas akan diterbangkan ke Amsterdam sebelum dibawa pulang ke negara asal masing-masing termasuk Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Sebanyak 43 warga Malaysia terkorban dalam nahas itu.

Komen


Berita Berkaitan