Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga Osama terbunuh

02hmladen2.jpg.transformed

London: Ibu tiri dan adik perempuan bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden dipercayai antara empat yang terbunuh selepas jet peribadi mereka terhempas di tempat letak kereta di Hampshire dekat sini kelmarin.

Jet Embraer Phenom 300 terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Blackbushe pada jam 3.09 petang (waktu tempatan).

Pesawat syarikat Salem Aviation itu milik keluarga Osama yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Media Arab Saudi melaporkan, ibu tiri dan adik perempuan Osama antara empat penumpang termasuk seorang juruterbang warga Jordan terbunuh dalam nahas berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, pesawat yang dalam penerbangan dari Milan, Itali itu terhempas di tempat letak kereta bersebelahan Lapangan terbang Blackbushe.

“Pesawat itu meletup selepas terhempas dan semua empat penumpang termasuk seorang juruterbang terbunuh,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti mangsa yang terkorban.

Kedutaan Arab Saudi di London turut mengeluarkan ucapan takziah kepada keluarga Osama berhubung kemalangan berkenaan.

Satu sumber di Arab Saudi berkata, pihak berkuasa negara itu sudah menghubungi keluarga Osama bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Bapa Osama, Mohammed seorang ahli perniagaan kaya dan memiliki aset di beberapa negara termasuk di Britain dan Itali.

Mohammed terbunuh selepas pesawat yang dinaikinya terhempas di Arab Saudi pada 1967.

Seorang adik Osama, Salem turut terbunuh dalam nahas udara selepas pesawat yang dikendalikannya melanggar talian elektrik di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 1988.

Osama mengasaskan rangkaian al-Qaeda mati dibunuh tentera AS dalam satu serbuan di Pakistan pada 2011.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan