Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga Mangsa QZ8501 Enggan Naik AirAsia Ke Lokasi Nahas

aa

SURABAYA – Biasanya tiada siapa yang akan menolak apabila diberi peluang menaiki pesawat secara percuma namun tidak kepada keluarga mangsa QZ8501 apabila kebanyakan mereka dilaporkan enggan menaiki pesawat AirAsia untuk dibawa ke lokasi nahas.

Tawaran istimewa tersebut diberi sebagai tanda simpati syarikat penerbangan tambang rendah itu kepada semua waris mangsa pesawat yang dipercayai terkorban setelah kapal terbang itu terhempas di perairan Selat Karimata, dekat wilayah Kalimantan Tengah.

Beberapa keluarga penumpang ketika ditemui pemberita di Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini bagaimanapun berkata, mereka berasa senang dengan tawaran khas itu namun enggan menaiki mana-mana pesawat AirAsia Indonesia untuk ke sana.

Suasana di Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya yang menempatkan waris keluarga mangsa QZ8501 untuk taklimat insiden pesawat AirAsia Indonesia. – Gambar hiasan

Seorang keluarga penumpang, Jessica Jecky mengakui sejak mendengar khabar mengenai pesawat AirAsia itu hilang, mereka amat berharap turut dapat berada di lokasi pencarian tetapi ahli keluarga tersebut terpaksa mempertimbangkan banyak faktor keselamatan.

“Kami sangat senang saat petugas menawarkan akan membawa keluarga penumpang ke lokasi pencarian namun meminta tidak diangkut menggunakan pesawat AirAsia menuju ke sana, kerana kami sudah pun trauma dengar nama AirAsia,” kata wanita tersebut.

Menurutnya, ramai waris turut berharap adalah lebih baik menggunakan pesawat bukan AirAsia walaupun syarikat itu sedia menawarkan tempat tanpa apa-apa bayaran, mungkin kerana berasa sedih mengenangkan peristiwa buruk menimpa kapal terbang tersebut.

Jurucakap AirAsia memaklumkan pihaknya sedia membawa semua waris ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah esok yang terletak 190 kilometer dari lokasi penemuan pesawat bagi membolehkan mereka melihat sendiri mayat ahli keluarga. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan