Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,692

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keluarga mangsa culik rayu dibenar kutip sumbangan

1:56pm 28/09/2016 Pak Roshan 1639 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
SEBAHAGIAN waris dan ahli keluarga mangsa culik warga Malaysia pada Julai lali mengadakan sidang media di Tawau, hari ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming

SEBAHAGIAN waris dan ahli keluarga mangsa culik warga Malaysia pada Julai lali mengadakan sidang media di Tawau, hari ini. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Keluarga lima warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada Julai lalu, merayu polis membenarkan mereka mengutip sumbangan orang ramai bagi membebaskan mangsa.

Gustiah Sultan, 46, isteri salah seorang mangsa, Tayudin Anjut, 45, berkata ahli keluarga kini buntu mengenangkan nasib semua tebusan, terutama selepas penculik menghubungi mereka meminta wang sebanyak 100 juta Peso (RM8.5 juta) dibayar segera.

“Andai polis izinkan, kami mohon warga Malaysia menderma untuk membantu membebaskan tebusan. Kali terakhir penculik hubungi ahli keluarga, mereka minta 100 juta Peso. Kami kata kepada mereka, tolonglah tunggu dahulu sebab kami miskin.

“Kami dalam dilema dan tak tahu nak buat apa, hanya menunggu dan menunggu,” katanya pada sidang media turut dihadiri ahli keluarga empat lagi mangsa culik, di sini hari ini.

Selain Tayudin, empat lagi mangsa culik ialah juragan, Abd Rahim Summas, 62; Fandy Bakran, 26, dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, semua dari daerah ini, selain Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Pahang.

Mereka yang juga kru kapal tunda Serudong 3 diculik pada 18 Julai lalu di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, ketika perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir dalam keadaan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum semua kru disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Baru-baru ini, kumpulan Abu Sayyaf mengeluarkan beberapa gambar mangsa culik warga Malaysia dalam keadaan diacukan senjata oleh sekumpulan lelaki bertopeng berlatar belakang kawasan hutan, dipercayai lokasi terpencil di selatan Filipina. – BH Online

keluarga2

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan