Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga mangsa culik belum dapat maklumat

KELUARGA mangsa culik warga Malaysia yang menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, belum menerima maklumat berhubung pembebasan dua daripada lima mangsa, awal hari ini. – Foto File

TAWAU: Keluarga mangsa culik warga Malaysia yang menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, belum menerima maklumat berhubung pembebasan dua daripada lima mangsa, awal hari ini.

Gustiah Sultan, 46, isteri Tayudin Anjut, 45, salah seorang mangsa culik, ketika dihubungi BH berkata, pihak keluarga belum mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak atau pasukan keselamatan Malaysia.

“Kami tidak terima sebarang panggilan mengenai pembebasan itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengesahkan gambar dua lelaki kelihatan menaiki bot seperti disiarkan media Filipina hari ini dikatakan warga Malaysia yang dibebaskan, adalah suaminya bersama juragan, Abdul Rahim Summas, 62.

Lima mangsa culik rakyat Malaysia terbabit ialah Abdul Rahim; Tayudin; Fandy Bakran, 26, dan Mohamad Jumadil Rahim, 23; semuanya dari Tawau, manakala Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari FELDA Jengka 7, Pahang.

Semua mangsa yang juga kru kapal tunda Serudong 3 diculik di perairan Dent Heaven di Lahad Datu, ketika perjalanan ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan pada 18 Julai 2016.

Kapal tunda itu ditemui terkandas di kawasan beting pasir dengan enjin hidup tanpa operator, manakala barangan di dalamnya berselerak sebelum mereka disahkan diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

Dua daripada lima mangsa culik warga Malaysia yang menjadi tebusan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu, dilapor diselamatkan tentera Filipina awal hari ini. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan