Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keluarga makan ular kerana marah

9:02am 27/05/2016 Pak Roshan 2809 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Tomohon (Indonesia): Beberapa penduduk yang berang bertindak membunuh, memasak dan memakan seekor ular tedung selepas seorang ahli keluarga mereka mati dipatuk haiwan berbisa berkenaan.

Ular tedung itu dilaporkan mematuk jari seorang lelaki, Yosep Sarese, 57, dari kampung Pangolombian pada Selasa lalu.

Dua jam selepas dipatuk haiwan berbisa berkenaan, Yosep disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Rocky berkata, orang ramai berjaya menangkap ular tedung itu dan mengurungnya dalam satu sangkar kecil.

Katanya, ahli keluarga mangsa yang berang kemudian memasukkan sangkar itu dalam air mendidih untuk membunuh ular sepanjang dua meter itu.

“Selepas ular itu mati, ahli keluarga mangsa menyiang haiwan berkenaan sebelum memasaknya bersama santan.

“Sajian ular tedung berkenaan kemudian dimakan bersama ahli keluarga dan penduduk,” katanya.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap kematian mangsa. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan