Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga kesan anak melalui Whatsapp polis

Whatsapps

INANAM – Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui dalam keadaan selamat di tepi Jalan Kampung Kionsom, di sini, setelah dikatakan tidak kelihatan semasa tamat waktu persekolahan, semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, M. Chandra berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Norzalle Alfred Joe dijumpai oleh orang kampung yang kemudian menyerahkannya kepada anggota polis Inanam untuk mengesan ibu bapanya.

“Pada pukul 7.30 malam, ibu bapa Nozall yang tinggal di Kampung Tatahan mengakui anak mereka setelah pihak polis memasukkan gambar dan butiran dalam Whatsapp (sektor) polis, bagi tujuan mengesan keluarganya.

“Kanak-kanak itu kemudian telah diambil oleh keluarganya dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.

Chandra berkata, kanak-kanak itu dikatakan berjalan balik ke rumah atas sebab bas sekolahnya lewat untuk datang mengambilnya di sekolah. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan