Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluarga harungi tragedi berganda nahas MH370, MH17

TRAGEDI BERGANDA

MELBOURNE: Sebuah keluarga di Queensland yang kehilangan anak lelaki dan menantu dalam tragedi Penerbangan MH370 pada Mac lepas, hari ini meratapi kehilangan dua lagi anggota keluarga yang disahkan menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.

Hari ini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia semalam.

Rizk, seorang ejen hartanah dan isterinya yang tinggal di Sunbury, Melbourne dilapor dalam perjalanan pulang ke Australia selepas bercuti selama sebulan di Eropah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan