Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keluar Malaysia tidak menjamin keselamatan Sabah

shafie

SHAH ALAM: Membawa Sabah keluar dari Malaysia tidak memberi jaminan bahawa negeri itu

akan stabil dari aspek keselamatannya, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk

Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan seringkali berdepan dengan pelbagai masalah untuk

melindungi Sabah daripada ancaman pihak luar yang juga ingin menuntut negeri itu.

“Nak bebaskan bukan satu kerja yang mudah, selatan Filipina pun mereka menuntut dan

menyatakan Sabah sebahagian dari negara itu. Abu Sayyaf culik rakyat kita…kita pun berdepan

dengan pelbagai masalah.

“Bayangkan kalau itu (bawa Sabah keluar dari Malaysia) berlaku adakah jaminan bahawa Sabah

akan stabil dan keselamatannya terjamin,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan

Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2014 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini,

hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk

membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, selepas negara

mencapai kemerdekaan banyak manfaat dinikmati rakyat termasuk di Sabah berbanding rakyat di

kebanyakan negara lain yang telah lama mencapai kemerdekaan.

Mengenai dakwaan pihak pembangkang bahawa isu itu timbul disebabkan pembangunan di

kawasan pedalaman Sabah yang agak terbelakang berbanding di negeri lain, Mohd Shafie berkata

walaupun masih terdapat kekurangan dari segi pembangunan di kawasan terbabit tetapi ia bukan

menjadi alasan untuk rakyat Sabah keluar dari negara ini.

Malah, beliau berkata sekiranya rakyat berpendapat kerajaan tidak melakukan yang terbaik

mereka boleh menzahirkan ketidakpuasan hati itu melalui proses pilihan raya.

“Apapun kita perlu pastikan supaya dalam kita mentadbir negara masyarakat perlu difahamkan

tentang kesan perkara yang disebarkan. Mungkin hari ini mereka tidak terikut (tentang hasutan

keluar Malaysia) tapi kalau setiap hari disogokkan dengan perkara seperti ini ia akan mendorong

kepada perkara yang tidak sepatutnya.

“Yang membimbangkan kita tindakan yang boleh akibatkan keadaan kacau bilau di negara ini

kerana kita harus faham negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan