Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelip-kelip tarikan baru pelancongan

kelip kelip

KOTA BELUD – Kewujudan kelip-kelip di Sungai Nanamun dekat sini berpotensi menjadi produk pelancongan baharu selain mampu memikat pengunjung untuk melawat ke daerah ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, kawasan kelip-kelip itu perlu segera dimaju dan dipromosikan secara meluas oleh pihak berwajib agar ia tidak terbiar begitu sahaja.

“Sebelum ini Kota Belud dikenali dengan tarian kebudayaan yang unik oleh kaum seperti Bajau, Iranun, Cina dan Dusun selain makanan tradisional. Kita bertuah kerana wujud satu lagi produk pelancongan iaitu kelip-kelip di Sungai Nanamun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan melihat sendiri kelip-kelip di pesisiran Sungai Nanamun di sini baru-baru ini.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk berkata, kewujudan pelbagai produk semula jadi dan unik di daerah ini membantu mempromosi dan memajukan industri pelancongan Sabah sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, Kota Belud kini memiliki dua tempat menarik iaitu Pulau Mantanani yang cukup terkenal sebagai pusat menyelam bertaraf dunia dan Sungai Kawa-Kawa iaitu kawasan bagi melihat kumpulan monyet Belanda.

Komen


Berita Berkaitan