Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelip-kelip di Sungai Teratak

Pelancung yang berkunjung dengan Monyet Belanda
Pelancung yang berkunjung dengan Monyet Belanda

AIR sungai mencerminkan langit kelabu. Ada riak di atasnya, mengingatkan pengunjung berkemungkinan ada  buaya dan lain-lain penghuni sungai yang tidak begitu mesra dengan kehadiran manusia.

Di sungai itu, bot bergerak perlahan-lahan namun bunyi enjin diesel memecah ketenangan hari yang kian menjelang petang.  Dalam   bot tersebut, beberapa orang duduk diam sambil memerhati keindahan alam sementara  pengemudi bot perlahan-lahan memandu kenderaan itu, mengelak  kayu-kayu dan ranting-ranting yang terapung.

Senario ini ialah lah di Kg Taratak,  Bintuka dalam daerah Beaufort.  Bot itu membantu Beaufort Wetland Explorer  sebuah syarikat pelancungan dalam mempromosikan daerah ini yang terkenal dengan kelip-kelip dan monyet berbagai species termasuk Monyet Belanda.

Syarikat pelancungan itu telah beroperasi selama beberapa tahun dengan kerjasama penduduk kampung. Mereka dengan penduduk di Kg Taratak, Bintuka mempromosikan  eko-pelancongan dengan galakkan pihak berkuasa.

Situasi antara penduduk kampung dan syarikat pelancungan ini merupakan menang-menang (win-win) di mana bot milik penduduk kampung digunakan untuk pelancung yang dibawa masuk oleh syarikat tersebut.

Sebahagian daripada pendapatan lawatan itu diberi kepada para peserta, yang membawa pelancong ke sungai untuk melihat hidupan liar.  Bot-bot yang digunakan boleh memuatkan lapan hingga 12 orang.

Terdapat juga sebuah kedai makan yang dimiliki oleh sebuah keluarga yang memasak semua makanan untuk para tetamu. Mereka menghidangkan kuih-kuih tempatan dan kopi serta teh untuk pelancung setiba mereka di kedai makan yang berfungsi juga sebagai terminal.

Untuk makan petang mereka menghidangkan berbagai juadah seperti sayur, ikan, ketam, udang dan daging, juga nasi.  Makanan yang dihidangkan sangat segar dan lazat kerana mereka ditangkap atau dipetik sendiri oleh penduduk kampung.

Sebenarnya pelancongan ke tempat yang amat menarik ini bermula di Kota Kinabalu di mana pihak syarikat  menjemput  tetamu mereka pada jam 1.30 petang dari hotel masing-masing dan  berlepas ke Beaufort pada jam 2 petang.

Perjalanan ini mengambil masa kira-kira satu jam hingga satu setengah jam, di mana tetamu akan diturunkan di restoran Taratak untuk minum petang mereka.

Pada kira-kira 5 petang tetamu akan diiring ke sungai, di mana mereka menaikki bot dan menyusuri sungai untuk melihat hidupan liar termasuk monyet Long Tailed Macaque, Silver Langur dan Monyet Proboscis atau Belanda.  Monyet Proboscis yang hidup dalam kumpulan biasanya ditemui bertenggek di atas dahan yang tinggi.

Ada kalanya Monyet Belanda akan turun ke sungai untuk minum air atau bertenggek didahan yang lebih rendah. Pelancung-pelancung terutama nya yang gemar mengambil gambar memang menunggu saat demikian dimana mereka akan mengetik kamera dengan pantas.

Monyet Long  tail macaque terdapat dengan ramainya di tepi-tepi sungai tersebut. Mereka ini suka beraksi seperti  mengegarkan dahan-dahan pokok atau melompat dari dahan ke dahan seperti kanak-kanak nakal.

Antara hidupan liar lain yang terdapat di sekitar kawasan itu adalah biawak dan buaya. Tidak ramai pelancung yang ada melihat binatang ini dengan jarak dekat tetapi pengemudi bot berkata memang ada buaya dan biawak dikawasan itu.

Beberapa jam kemudian, tetamu kembali ke restoran di mana pelbagai makanan disediakan di atas meja bufet. Selepas makan malam, para tetamu dibawa ke dalam perahu semula dam menunggu kelip-kelip muncul.

Kelip-kelip ini secara rutin menyegerakkan kelipan mereka dalam kumpulan besar dan ini menjadikan habitat mereka kelihatan seperti pokok Krismas dalam gelap. Kelip-kelip biasanya akan terbang ke arah lampu berkelip dan peandu pelancung  menggunakan teknik ini untuk menarik mereka ke arah bot.

Mengambil gambar kelip-kelip pada kelajuan kamera biasa atau dengan telefon bimbit adalah mustahil jadi pelancung hanya menikmati suasana malam dengan cahaya alam semulajadi. Kenangan hanya dapat diabadikan dengan ingatan.

Selepas melihat kelip-kelip, tetamu kemudiannya akan  kembali ke Kota Kinabalu dan hotel masing-masing.

Beaufort Wetland Explorer adalah salah satu daripada banyak pengusaha yang mempromosikan hidupan liar dan tempat-tempat menarik di kawasan ini. Ia bagaimanapun diberi pujian atas usaha eko-pelancongan. Seperti yang kita semua tahu eko-pelancongan ialah untuk memperlihatkan bahagian-bahagian hidup persekitaran semula jadi dan memberi tumpuan kepada pelancungan yang bertanggungjawab dari segi social dan kelestarian alam sekitar.

Eko-pelancongan biasanya melibatkan perjalanan ke destinasi di mana flora, fauna, dan warisan budaya adalah tarikan utama. Salah satu bahagian yang penting dalam ekopelancongan ialah kejadian peluang ekonomi komuniti  tempatan .-Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan