Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelewatan pembangunan diatasi segera

Ellron menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Ellron menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima
sumbangan pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Mana-mana permohonan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook yang masih belum terlaksana akan diatasi secepat mungkin.

Jaminan itu diberikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin, bahawa, kelewatan itu disebabkan setiap permohonan yang dipohon oleh para pemimpin setempat di kawasan tersebut memerlukan prosedur tertentu untuk diluluskan oleh pihak berkaitan.

“Justeru, pemimpin setempat di kawasan diingatkan agar tidak menjadikannya sebagai satu isu yang boleh memberi persepsi negatif kepada pihak kerajaan yang amat mementingkan kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa bersama masyarakat anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di masjid Jamek Al Hakim Kampung Minawo Ulu, di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, selain mengutamakan keperluan pembangunan penduduk setempat, sebuah masjid dan Kelas Fardhu Ain (Kafa) akan  bakal dibina di kawasan ini bagi memudahkan para masyarakat Islam menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan berkaitan pada masa akan datang.

Dalam majlis itu, Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para pelajar KAFA, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan fakir misikin. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan