Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kelasi Indonesia lolos tahanan militan Abu Sayyaf

3:55pm 17/08/2016 Pak Roshan 4944 views Global
OPERASI ketenteraan menentang militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. - Foto hiasan/www.international.sindonews.com

OPERASI ketenteraan menentang militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. – Foto hiasan/www.international.sindonews.com

MANILA: Seorang kelasi Indonesia yang diculik militan Abu Sayyaf di selatan Filipina berjaya melarikan diri selepas mereka mengancam untuk memenggal kepalanya.

Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan, berkata Mohammad Safyan, 28, diselamatkan awal hari ini oleh penduduk yang menemui beliau terapung dan terperangkap dalam jala di pesisir pantai Pulau Jolo.

Safyan adalah antara tujuh anak kapal bot tunda Charles yang diculik berhampiran perairan Filipina pada 23 Jun lalu.

Sembilan rakyat Indonesia adalah antara 16 warga asing yang masih ditawan Abu Sayyaf, kumpulan pemisah paling ganas di Filipina.

Indonesia, Malaysia dan Filipina, pada Mei lalu bersetuju untuk melakukan rondaan untuk menghalang kes penculikan sepanjang laluan air yang sibuk itu. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan