Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelambu baru Kaabah sudah siap

PEMANDANGAN ketika solat Zuhur di Masjidilharam kelmarin. Masjid itu lengang selepas hampir semua jemaah umrah pulang ke negara masing-masing dan dijangka sibuk semula minggu depan apabila jemaah haji mula tiba. - Brunei Islam
PEMANDANGAN ketika solat Zuhur di Masjidilharam kelmarin. Masjid itu lengang selepas hampir semua jemaah umrah pulang ke negara masing-masing dan dijangka sibuk semula minggu depan apabila jemaah haji mula tiba. – Brunei Islam

Makkah: Kelambu baru Kaabah atau kiswah sudah siap sepenuhnya, kata pengarah kilang berkenaan di bandar suci ini, Dr Mohammaed Bin Abdullah Bajod.

Seperti tahun sebelumnya, kelambu baru itu akan dipasang untuk menggantikan yang lama pada 9 Zulhijjah, ketika Masjidilharam lengang kerana seluruh jemaah haji berada di Arafah ketika itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Mohammaed tidak menyatakan kos membuat kelambu itu. Bagaimanapun, kos untuk menyiapkan kiswah tahun lalu berjumlah SR17 juta (RM18.34 juta), kata pegawai Saudi.

Perbelanjaan itu ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi.

Benang emas seberat 120 kilogram dengan kain sutera 45 meter panjang dan tinggi 14 meter digunakan untuk membuat kelambu itu.

Pada masa sama, kira-kira 160 pekerja digunakan untuk menyulam kaligrafi ayat suci Al-Quran pada kain berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan