Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kelab Sukan Permotoran Bantu Galak Belia Amal Gaya Hidup Sihat – Tawfiq

Majlis Perasmian Kelab Sukan Generasi Permotoran Sejagat (GPS) dan Makan Malam Sempena Hari Pekerja disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan di Dewan Arena Belia Tawau

Majlis Perasmian Kelab Sukan Generasi Permotoran Sejagat (GPS) dan Makan Malam Sempena Hari Pekerja disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan di Dewan Arena Belia Tawau

TAWAU : Penubuhan Kelab Sukan Permotoran di negeri ini banyak membantu meringankan beban Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah menggalakkan golongan belia mengamalkan gaya hidup sihat.

Menterinya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang menyokong penuh penubuhan kelab berkenaan di negeri ini berkata, perkara itu dilihat sangat positif berikutan sukan permotoran antara yang diminati golongan muda.

Katanya, kelab yang ditubuhkan boleh digunakan sebagai landasan mempromosi budaya, gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti senaman ke arah melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas.

“Saya yakin melalui penubuhan kelab banyak nilai-nilai murni yang dapat dihasilkan kerana ia bukan hanya untuk berseronok semata-mata tetapi mempunyai tujuan utama yang tentunya bersifat positif,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kelab Sukan Generasi Permotoran Sejagat (GPS) yang kini mempunyai anggota seramai 98 orang di sini Ahad malam.

Tawfiq berkata penubuhan kelab itu juga berupaya menjadi platform bagi golongan muda berinteraksi sekali gus memberi kefahaman mengenai tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

“Melalui kelab juga ia bukan sahaja menyatukan generasi muda yang berkongsi hobi sama tetapi lebih utama mengelak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral seperti lumba haram dan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Dalam pada itu, Tawfiq meningatkan golongan muda agar terus bersatu dan mengelak perpecahan serta sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat keamanan yang dikecapi dengan berusaha mengekalkannya.

Pada majlis itu Tawfiq turut menyampaikan bantuan bola dan jersi kepada kelab berkenaan yang perlu digunakan untuk melakukan aktiviti senaman.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan