Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelab Sahabat N87 Zon 1 bantu parti jelaskan isu semasa

Salleh (tiga dari kanan) semasa merasmikan Kelab Sahabat N87 Zon 1.

Kota Marudu: Kelab Sahabat N87 Zon 1 dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak di sini, pagi tadi.

Salleh ketika ditemui media berkata pelancaran kelab tersebut adalah bagi membantu parti berkenaan menjelaskan isu-isu semasa bagi menangani fitnah pihak pembangkang.

“Kita amat gembira kerana kelab ini aktif membantu parti dalam menghadapi pilihan raya umun yang akan datang dan saya yakin dengan pengalaman mereka dapat membantu memberi penjelasan tentang isu-isu serta menangani fitnah dari pihak pembangkang.

“Ahli-ahli kelab ini adalah kumpulan yang setia kepada perjuangan parti sejak dahulu lagi dan sudah tentu dengan keputusan mereka untuk bergerak di peringkat negeri apatah lagi negara menunjukkan UMNO dan BN mempunyai ramai sahabat-sahabat yang setia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 20 kelab bahagian telah didaftarkan dan dikelaskan kepada beberapa zon iaitu Zon 1 (Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Tuaran); Zon 2 (Beaufort, Papar, Sipitang, Kimanis dan Zon 3 (Sepanggar, Putatan dan Penampang); Zon 4 (Ranau, Keningau, Tenom, Pesiangan); 5 (Kinabatangan, Beluran, Libaran) dan Zon 6 (Kalabakan, Tawau, Silam dan Semporna).

Tambahnya, kelab berkenaan mempunyai 5,000 ahli di seluruh negara yang terdiri daripada Pemuda-pemuda UMNO semasa Datuk Seri Najib menjadi Ketua Pemuda pada 1987 hingga 1993.

Hadir sama di majlis tersebut adalah Timbalan Presiden Kelab Sahabat N87 Kebangsaan, Datuk Ahmad Ismail, Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Sabah, Mohd Zahari Mohd Zinin./PENERANGAN-

Ahmad (empat dari kanan) dan Mohd Zahari (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Salleh (tengah).

Komen


Berita Berkaitan