Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kelab Desa KPD beri sumbangan kepada Rumah Anak Kesayangan

1:55pm 20/06/2016 Leolerry Lajius 17 views Tempatan
Tuan Hj Ag Sallih menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di rumah berkenaan.

Tuan Hj Ag Sallih menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di rumah berkenaan.

KOTA KINABALU: Rumah Anak Kesayangan di Taman Sempelang, Sembulan menerima kunjungan dari Kelab Desa KPD yang diketuai oleh Presidennya Puan Jamilah Lee baru-baru ini.

Tujuan kunjungan ke Rumah Anak Kesayangan yang dihuni oleh seramai 88 kanak-kanak yatim yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Sabah ini adalah untuk mengagih-agihkan beberapa barang Keperluan seperti beras, minuman dan sebagainya sebagai sumbangan sempena bulan Ramadan tahun ini.

Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti tahunan yang saban tahun dilakukan oleh Kelab Desa KPD sebagai kerja amal mereka.

Tuan Haji Ag Sallih dalam ucapannya menyatakan bantuan yang dihulurkan merupakan simpati terhadap anak-anak yatim yang tidak mempunyai ibu bapa dan menghuni rumah penyayang berkenaan.

Rombongan Kelab Desa ini disambut oleh Puan Rosnah @ Musfiroh Binti Simoh selaku Pengurus Rumah Anak Kesayangan berkenaan./SayangSabah

Tuan Hj Ag Sallih (tengah) mengambil gambar bersama penghuni rumah kesayangan berkenaan.

Tuan Hj Ag Sallih (tengah) mengambil gambar bersama penghuni rumah kesayangan berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan