Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kelab berbasikal Kudat anjur Jambori Berbasikal

9:35pm 05/05/2016 Leolerry Lajius 239 views Sukan,Tempatan
Ahli Jawatankuasa jambori berbasikal Kudat.

Ahli Jawatankuasa jambori berbasikal Kudat.

KUDAT: Kelab berbasikal Kudat Pedalnite akan menganjurkan ‘Program Jambori Berbasikal’’ pada 22 mei ini di Esplanade Sidek.

Program julung kali diadakan ini adalah bagi mempromosi produk pelancongan daerah berkenaan yang terkenal dengan keindahan dan keunikan kehidupan masyarakatnya.

Pengerusi Kelab Berbasikal Kudat Pedalnite merangkap pengarah program, Herwan Awang berkata program ini merupakan aktiviti utama kelab terbabit dalam usaha memperkenalkan daerah Kudat kepada peminat sukan berbasikal di negeri Sabah khasnya dan Negara amnya.

Tambahnya, Kudat merupakan satu kawasan unik dan menarik kepada penggemar berbasikal, lokasinya yang jauh dari kesibukan kota menjadi sebab orang ramai harus datang  menikmati keindahan dengan cara berbasikal.

“Konsep Jambori berbasikal ini adalah mengayuh basikal sambil bersantai sejauh 40 kilometer dengan melihat keindahan di setiap laluan.

“Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master (40 tahun ke atas), Men Junior dan Women Open,” jelasnya lagi.

Setiap peserta akan dikenakan bayaran RM70.00 dan menerima sehelai baju t-shirt.

Dijangka program ini akan dirasmikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.

Penggemar sukan berbasikal atau orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh berhubung terus ke bahagian promosi iaitu Hisam (016-828 2005), Clay (011-1950 0158), Tom Ho (011-1957 7965), Raimie (014-284 9498) dan Asari (011-2678 3551)./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan