Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kelab 4×4 Tenom bawa pulang piala cabaran Borneo Safari antarabangsa ke-26

6:41pm 07/11/2016 Leolerry Lajius 16 views Tempatan
KENANGAN... Liew (tiga dari kiri) dan Augustinus (tiga dari kanan) bergambar bersama Joniston (tengah), Faez (dua dari kanan).Gambar Oleh Alex Mairin/Sayang Sabah

KENANGAN… Liew (tiga dari kiri) dan Augustinus (tiga dari kanan) bergambar bersama Joniston (tengah), Faez (dua dari kanan).Gambar Oleh Alex Mairin/Sayang Sabah

KOTA KINABALU: Kelab Pacuan Empat Roda Tenom meraih johan keseluruhan Cabaran Borneo Safari Antarabangsa Ke-26 (Borneo Safari 2016).
Kelab yang diwakili oleh Liew Fui Kong, 38 dan Agustinus Ara Kopong, 28 itu berjaya menewaskan 15 pasukan lain dalam acara ‘Special Stage’ (SS) menghabiskan 18 ‘check-point’ keseluruhannya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai di salah sebua hotel terkemuka di sini, pada Ahad.
Turut menerima anugerah, Track Official Group yang memenangi anugerah Borneo Safari Team Spirit dan Reza Bakri dengan anugerah Borneo Safari Jungle Man.
Manakala, Borneo Safari Jungle Woman Award, Ding Shu Bir; Borneo Safari Environment, Hitashi Urabe; Borneo Safari Foul Up of The Year, Pang Lin Kok; Borneo Safari Vehicle Of The Year, Isuzu MU-X Monster dan Borneo Safari Furthest Overlander Of The Year, Kumpulan Kalimatan.

Turut hadir, Pengerusi Penganjur Borneo Safari 2016 merangkap Presiden Sabah Four Wheel Drive Association (SFWDA), Faez Nordin, Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Hajime Machimura, dan Pengurus Besar UMW Grannt International Sdn Bhd, Amri Hasim.
Borneo Safari 2016 merupakan ekspedisi pengembaraan lasak pacuan empat roda terbesar di Asia Tenggara mengumpulkan 914 peserta dan 347 kenderaan dari tujuh negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Japan, Potugal dan China.

Para peserta mengembara lapan hari dan tujuh malam merentasi Tuaran, Ranau, Kota Belud, Kota Merudu dan Kota Kinabalu sejauh 500 kilometer.-Asmidar Zainol/PENERANGAN

Penerima anugerah Borneo Safari Furthest Overlander Of The Year, Kumpula n Kalimatan,  Indonesia yang memandu lebih 4 ribu kilometer untuk menyertai acara Borneo Safari 2016. -Gambar Oleh Alex Mairin/Sayang Sabah

Penerima anugerah Borneo Safari Furthest Overlander Of The Year, Kumpulan Kalimatan, Indonesia yang memandu lebih 4 ribu kilometer untuk menyertai acara Borneo Safari 2016. -Gambar Oleh Alex Mairin/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan