Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kelab 4X4 SDA tiga daerah anjur program konvoi kemanusiaan ke Ranau

Sebahagian daripada rombongan menghantar sumbangan di daerah Ranau. - foto Monica GIdong / SayangSabah
Sebahagian daripada rombongan menghantar sumbangan di daerah Ranau. – foto Monica GIdong / SayangSabah

SANDAKAN – Sebanyak 27 kenderaan yang kebanyakannya pacuan empat roda menyertai Konvoi Bantuan Kemanusiaan untuk menghantar bantuan makanan dan minuman kepada penduduk Ranau baru-baru ini.

Program anjuran Kelab 4×4 gereja Seventh-Day Adventist (SDA) Wilayah 13 Sandakan dan Kelab 4×4 Beluran itu membawa lebih 1,200 kotak air minum dan makanan asas yang dihantar ke Ranau sumbangan gereja SDA Wilayah 13 Sandakan, SDA Wilayah 14 Kuhara Tawau, Warga Sandakan, Bukit Garam, Beluran, Muanad, dan juga Sekolah Menengah St. Mary Sandakan.

Menurut ketua rombongan, Palmis Suhi, bantuan itu diharap dapat meringankan masalah kekurangan air bersih yang dihadapi penduduk kampung berkenaan ekoran kejadian gempa bumi dan banjir lumpur yang menyebabkan bekalan air bersih terjejas.

Beliau berkata, anggota konvoi itu bersimpati dengan keadaan penduduk di kawasan terbabit yang ditimpa musibah gempa bumi dan banjir lumpur.

“Tiada siapa pun yang menjangka malapetaka seumpama ini berlaku di daerah Ranau. Mungkin ini merupakan takdir. Biarlah kita ambil kejadian luar jangka ini sebagai iktibar dan pengajaran untuk sentiasa berjaga-jaga,” ujarnya. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan