Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEKURANGAN TIDAK HALANG RONALDO BERJAYA

Ronaldo Moses menerima Sijil Pengurusan Dalaman semasa Konvokesyen Ke-21 Kolej ATI. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Dilahirkan dengan kecacatan muka akibat Sindrom Treacher Collings (TC) tidak pernah menghalang graduan Sijil Pengurusan Dalaman dari Kolej Asian Tourism International (ATI), Ronaldo Mose, 18, untuk menuntut ilmu.

Buktinya apabila dia berjaya menamatkan kursus selama enam bulan di ATI dan tiga bulan latihan amali yang diwajibkan kepada penuntut di kolej berkenaan.

“Saya berasa amat gembira kerana berjaya menghabiskan kursus di ATI dan mendapat sijil dalam konvokesyen hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Konvokesyen Ke-21 Kolej ATI dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie yang diwakili oleh Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri, Jennifer Lasimbang.

Seramai 230 graduan kolej berkenaan menerima Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Kulinari dan Diploma Pastri selain 28 orang kurang upaya (OKU) menerima Sijil Pastri dan Sijil Pengurusan Dalaman (House Keeping) dalam konvokesyen itu.

Ronaldo berkata, kejayaannya itu juga didorong oleh sokongan kuat daripada keluarga terutama kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya semasa masih menuntut di ATI sejak tahun lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia berharap golongan OKU lebih diterima oleh masyarakat dan diberikan peluang dalam bidang pekerjaan kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan kemahiran.

Anak jati dari Tuaran itu yang telah menamatkan kursus di ATI kini bekerja di salah sebuah francais makanan di Kota Kinabalu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan