Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kekurangan Kemudahan Pembelajaran Bukan Penghalang Untuk Berjaya

9:25pm 22/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 48 views Pendidikan,Tempatan
Jamawi diiringi oleh Guru Besar Sk Kuala Tomani ketika menyampaikan sijil anugerah pelajar cemerlang kepada salah seorang pelajar sempena majlis tersebut

Jamawi diiringi oleh Guru Besar Sk Kuala Tomani ketika menyampaikan sijil anugerah pelajar cemerlang kepada salah seorang pelajar sempena majlis tersebut


TENOM: Kekurangan kemudahan pembelajaran bukan alasan untuk  pelajar  di kawasan luar Bandar gagal mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, peningkatan pencapaian keputusan pelajar luar bandar dalam peperiksaan UPSR baru- baru ini membuktikan pelajar luar bandar boleh bersaing mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik jika semua pihak memainkan peranan untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Ini merupakan hasil kerja keras selain pelbagai program transformasi seperti Program Transformasi Daerah (DTP) untuk meningkatkan kelangsungan pendidikan di luar bandar.

“Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), pelbagai program transformasi dilakukan di peringkat luar bandar agar para murid mampu berdaya saing sekali gus menerima proses pembelajaran dan pengajaran setanding dengan murid di bandar,” katanya

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sk Kuala Tomani Tenom dekat sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jamawi berharap mementum tersebut bukan sahaja dipertahankan tapi perlu ada usaha berterusan dari semua pihak untuk terus mempertingkatkannya.

Dalam pada itu, Jamawi berharap agar ibu bapa mendekatkan diri dan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melahirkan insan cemerlang.

Tambah beliau lagi, pelajar sebagai penyambung legasi perjuangan negara merupakan aset terpenting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

“Ibu bapa memberikan komitmen dan sokongan dengan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sekolah yang akan melahirkan insan cemerlang selain berkorban wang ringgit, masa dan tenaga untuk mencapai hasrat itu”, katanya.

Selain itu, ibu bapa perlulah sentiasa mendekatkan diri, prihatin dan memantau perkembangan anak-anak mereka.

Menurut Jamawi , Kementerian Pendidikan telah melancarkan inisiatif bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas, di mana Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah merupakan alat bagi membolehkan pencapaian inisiatif ini.

“ Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dapat mengukuh dan meluaskan lagi penglibatan Ibu bapa Komuniti dan sektor swasta ke arah pencapaian aspirasi murid”, katanya.- Sayangsabah

Jamawi (berdiri tujuh dari kiri) bersama guru-guru dan para pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang Sk Kuala Tomani Tenom pada majlis tersebut

Jamawi (berdiri tujuh dari kiri) bersama guru-guru dan para pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang Sk Kuala Tomani Tenom pada majlis tersebut

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan