Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kekuatan UMNO tidak tergugat dengan tindakan Shafie

8:53pm 04/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 314 views Tempatan

 

IMG-20160704-WA0016

KOTA KINABALU: Kekuatan UMNO Sabah tidak akan tergugat dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO .

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) Zulkarnain Mahdar berkata, sebelum ini, Adun Sulabayan Dato’ Jaujan Sambakong beserta Ketua Ketua Cawangan UMNO Semporna diikuti beberapa orang Ketua Cawangan Kinabatangan dan Membakut juga turut mengumumkan untuk keluar UMNO yang juga penyokong kepada Datuk Seri Shafie Apdal , Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

“Harus diingat sebelum ini Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin juga pernah membuat perkara serupa dan turut diakui pengaruh Lajim hampir sama dengan Shafie Apdal namun sejarah telah menunjukkan Lajim kalah di kerusi Parlimen Beaufort pada PRU13 dan hanya menang untuk kerusi Dun Klias dengan lebihan majoriti hanya 179 undi.”

“UMNO bahagian  Beaufort sehingga kini kekal utuh dan saya percaya UMNO Semporna juga tidak akan terjejas dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO,”katanya.

Beliau turut menyatakan kekuatan UMNO Sabah beserta kematangan  ahlinya tidak boleh dipertikaikan dan hakikat ini adalah realiti dan telah diterjemahkan oleh keseluruhan ahli UMNO apabila UMNO telah memenangi kesemua kerusi pilihanraya raya ke 13 bagi dewan undangan negeri dan parlimen  melainkan kerusi Dun Klias yang mana tewas dengan majoriti agak tipis.

“Mereka yang keluar parti itu disifatkan sebagai tidak memahami nilai kesetiaan kepada parti.”

“Kelak mereka akan sedar bahawa UMNO sebenarnya tidak menzalimi Datuk Seri Shafie sebaliknya penggantungan beliau sebelum ini yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah berdasarkan perlembagaan UMNO dan demi menjaga kestabilan UMNO akibat serangan bertali arus Shafie ke atas Dato’ Seri Najib selaku Presiden UMNO,”katanya.

Untuk rekod UMNO Sabah mempunyai 25 Bahagian dengan 5,676 cawangan serta 546,879 ahli seluruh negeri.

Kekuatan UMNO Sabah akan kekal utuh dan kuat di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dan Dato’ Seri Najib selaku Presiden UMNO.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan