Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekasih dari neraka

KEADAAN mangsa ketika ditemui di dalam lubang bawah tanah. Gambar kiri ( berbaju biru )  sebeluam dikurung oleh kekasihnya.
KEADAAN mangsa ketika ditemui di dalam lubang bawah tanah. Gambar kiri ( berbaju biru ) sebeluam dikurung oleh kekasihnya.

Dodoma, Tanzania: Seorang wanita diselamatkan selepas dikurung di dalam sebuah lubang bawah tanah selama lapan bulan oleh teman lelakinya sendiri.

Wanita berusia 20-an itu dikurung selepas seorang bomoh memberitahu lelaki terbabit perbuatan berkenaan boleh menjadikan dia lebih kaya.

Lebih kejam lagi, wanita itu dibogelkan dan dirantai serta diberi makan dua kali seminggu.

Media tempatan melaporkan, seorang bomoh memberitahu lelaki itu perlu ‘menanam’ orang yang paling disayangi kalau mahu menjadi kaya.

Lelaki itu kemudian membina satu lubang bawah tanah di rumahnya di sebuah kampung terpencil di sini sebelum ‘menanam’ teman wanitanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan